Ikuti Kami:

Dari Kecelakaan & Kecaman Netizen, 6 K-Drama Ini Hanya Tayang Separuh Jalan

Dari Kecelakaan & Kecaman Netizen, 6 K-Drama Ini Hanya Tayang Separuh Jalan

Korang tahu tak ada sahaja K-Drama yang membatalkan tayangan separuh jalan?

Ini antara drama Korea yang gagal ditayangkan sehingga habis dek pelbagai isu yang tak dijangka. Boleh agak tak drama yang mana?

1. Wolf

Meskipun sudah menayangkan 5 episod, namun tak disangka bahawa teraju utamanya iaitu Eric dan Han Ji-min mengalami kecederaan semasa penggambaran. Disebabkan oleh penundaan yang berlarutan, produksi diberhentikan begitu sahaja.

wolf kdrama

2. School 2020

Pada awalnya diterajui oleh Kim Sae-ron namun rencana itu terbatal kerana dia terlibat dengan kes memandu dalam keadaan mabuk. Selepas terus ditunda, drama itu bertukar kepada nama “School 2021” di mana ia diterajui oleh Kim Yo-han dan Cho Yi-hyun.

3. Prometheus

Sepatutnya ditayangkan pada 2019, namun jadual yang kerap berubah membuatkan teraju utamanya iaitu Ha Ji-won dan Jingoo terpaksa membatalkan penyertaan mereka. Disebabkan oleh hal itu, drama ini akhirnya terkubur begitu sahaja.

4. Joseon Exorcist

Sempat bersiaran sepanjang 2 episod, namun drama ini menerima kritikan penonton kerana dituduh memutarbelitkan sejarah Korea. Dek kerana tokoh terkenal dipaparkan dengan sisi negatif, mereka akhirnya terpaksa membatalkan tayangan kerana tidak boleh mengubah persepsi penonton.

joseon exorcist

5. Dear.M

Disebabkan oleh kes buli yang dibenci rakyat Korea, drama “Dear.M” telah pun menangguhkan tayangan akibat tuduhan keganasan di sekolah yang terpalit pada pelakon utamanya, Park Hye-soo. Meskipun pernah ditayangkan di saluran Jepun namun hingga kini drama itu gagal bersiaran di Korea.

6. Four Sons

Patutnya diterajui oleh Park Hae-jin dan Nana, namun impian gandingan itu musnah apabila syarikat produksi drama ini tidak cukup cekap dalam menguruskan perancangan hingga menyebabkan barisan pelakon menarik diri.

four sons

Sayang je, padahal semua plot best..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...