Utama Drama Korea Dah Rakam 14 Episod, Pelakon ‘Joseon Exorcist’ Dilaporkan Hanya Terima Bayaran Untuk...

Dah Rakam 14 Episod, Pelakon ‘Joseon Exorcist’ Dilaporkan Hanya Terima Bayaran Untuk 2 Episod Sahaja

kontroversi joseon exorcist

Maish lagi ada pelbagai isu yang timbul dengan drama “Joseon Exorcist” meskipun ianya sudah disahkan tamat bersiaran selepas 2 episod sahaja ditayangkan.

Khabarnya drama itu kini mengalami masalah untuk membayar para pelakonnya. Menurut laporan media, mereka sudah pun menjalani penggambaran hingga episod ke-14 namun pihak produksi “Joseon Exorcist” menyatakan bahawa agak sukar untuk mereka membayar kesemua pelakon bagi setiap episod tersebut.

kontroversi joseon exorcist

Kalau diikutkan, para pelakon sudah pun merakamkan 80% daripada jumlah yang sepatutnya. Bahkan agensi kesemua pelakon itu juga mengalami kesukaran untuk meminta bayaran selebihnya.

Kami berada dalam posisi yang sukar memandangkan kami tak boleh meminta produksi drama tersebut untuk membayar jumlah kerja pelakon kami. Walaubagaimanapun, agensi kami akan semakin sukar sekiranya tidak menerima semula pelaburan yang dibuat pada setiap episod. Jadi, kami berada dalam situasi yang melelahkan.

Kini, masih belum lagi jelas berapa bayaran yang akan diterima oleh setiap pelakon “josoen Exorcist”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...