Ikuti Kami:

Dari ‘Goblin’ Hingga ‘Little Women’, Netizen Perasan Drama Lakonan Kim Goeun Mesti Akan Popular

Dari ‘Goblin’ Hingga ‘Little Women’, Netizen Perasan Drama Lakonan Kim Goeun Mesti Akan Popular

Kim Go-eun memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon yang amat berbakat.

Untuk pengetahuan, drama pertama lakonan Kim Go-eun ialah “Cheese in the Trap” yang ditayangkan pada 2016. Menerusi drama pertamanya itu, Kim Go-eun telah membawa pulang anugerah ‘Pelakon Baru Terbaik’ di ’52nd BaekSang Arts Awards 2016′, membuka jalan buatnya dalam dunia lakonan.

Selepas “Cheese in the Trap”, Kim Go-eun kembali menemui penonton dalam “Goblin”, bergandingan bersama Gong Yoo. Pada episod pertama drama tersebut, ia telah meraih rating baik iaitu sebanyak 6.9% dan berjaya mengekalkan momentum sehingga episod akhir, dengan rating tertinggi mencecah 20.5%! Memang tidak dinafikan plot menarik serta lakonan yang mantap, merupakan sebab utama drama ini popular di seluruh dunia.

kim goeun

Kemudian, drama “The King: Eternal Monarch” lakonannya bersama Lee Min-ho, turut mendapat populariti memberansangkan meskipun terpalit dengan beberapa kontroversi. Selepas itu, Kim Go-eun tampil dengan wataknya yang sedikit berbeza dari naskhah sebelum ini menerusi “Yumi’s Cells”. Nyata memaparkan jalan cerita yang seronok, drama itu telah menghasilkan musim kedua pada Julai 2022 dek mendapat sambutan hangat dari penonton.

Khususnya, netizen perasan bahawa setiap drama yang diterajui Kim Go-eun telah berjaya meraih populariti hebat, dan lakonannya dalam setiap nakshah sering mendapat pujian penonton.

Ini juga dapat dibuktikan dengan dramanya yang baru sahaja tamat iaitu “Little Women”, yang berjaya merekodkan rating tinggi pada episod akhir cecah 11.1%. Meskipun sudah lebih seminggu tamat, drama tersebut masih duduk selesa di No.1 dalam carta Top 10 siri Netflix di Malaysia.

kim goeun

Korang suka tonton drama lakonan Kim Go-eun sebab apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...