Akhirnya, drama kesukaan ramai iaitu “Little Women” telah pun menamatkan siaran kelmarin.
Sinopsis
“Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea.
Rahsia terbongkar
[Amaran SPOILER]
Rasanya semua penonton masih lagi terkejut apabila mengetahui bahawa Jin Hwa-young (Chu Ja-hyun) yang merupakan pemula kepada masalah besar ini sebenarnya masih hidup apabila wanita itu hadir ke mahkamah ketika perbicaraan Oh In-joo (Kim Go-eun).
Kemudian, mereka akhirnya bersemuka dengan Won Sang-ah (Uhm Ji-won) apabila wanita keji itu cuba membunuh Jin Hwa-young. Semasa bergelut, Oh In-joo berjaya menyelamatkan seniornya itu dan menolak Won Sang-ah ke dalam kolam asid hidroklorik sekaligus meleburkan nyawa wanita tersebut.
Dalam pada itu, 70 bilion won yang menjadi rebutan semua akhirnya diagih-agihkan buat ketiga-tiga beradik itu
Rating tertinggi
Untuk episod terakhir ini, “Little Women” berjaya mencatat rating terbaik sepanjang tayangan iaitu 11.1% sekaligus membuktikan kepopularitiannya dalam kalangan peminat K-Drama di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, siri ini turut kekal selesa dalam ranking Netflix Global sejak kebelakangan ini.
Drama ini terbukti popular kerana plot yang mendebarkan selain lakonan mantap yang ditonjolak oleh kesemua pelakon terutamanya Kim Go-eun dan Uhm Ji-won yang membawa watak antagonis.
Pun begitu, rata-rata penonton meluahkan rasa sedih kerana kekurangan babak romantik antara Oh In-joo dan Choi Do-il (Wi Ha-joon) di mana mereka hanya digambarkan terus berada bersama. Namun hidup Oh In-kyung dan Jong-ho nampaknya mula berbunga apabila mereka mengakui rasa sayang buat satu sama lain.
Malah penonton bersimpati dengan Oh In-joo apabila orang di sekeliling meninggalkannya satu per satu di mana Oh In-kyung ke Amerika Syarikat, Oh In-hye (Park Ji-hu) memilih untuk bersama rakannya, Choi Do-il ke Greece dan Jin Hwa-young berada di dalam penjara lantas akhirnya dia bersendirian juga.
Okay tak ending?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.