Ikuti Kami:

Dari Duta Jenama Kecantikan, Nexus Pharma Buka Agensi Hiburan Khas Buat Urus Song Jihyo

Dari Duta Jenama Kecantikan, Nexus Pharma Buka Agensi Hiburan Khas Buat Urus Song Jihyo

Pelakon Song Ji-hyo, yang mengalami isu bayaran dengan agensi sebelum ini telah menandatangani kontrak eksklusif dengan sebuah agensi baru iaitu Nexus E&M.

Terbaru, agensi itu mengumumkan bahawa mereka gembira kerana dapat bekerjasama dengan Song Ji-hyo selepas menandatangi kontrak eksklusif bersama.

Agensi itu juga berjanji untuk memberikan sokongan terbaik kepada Song Ji-hyo supaya pelakon itu boleh meneruskan penglibatan dalam pelbagai bidang dan mengembangkan bakatnya, serta berjanji untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap sebarang aktiviti yang tidak baik pada pelakon ini.

Nexus E&M adalah anak syarikat yang dibiayai oleh Nexus Pharma Co., Ltd. yang ditubuhkan dengan hasrat untuk memperluaskan perniagaan hiburan, dan mereka telah mengambil langkah dengan membawa bekas eksekutif Namoo Actors sebagai CEO.

song jihyo

Hubungan baik ini khabarnya terjalin kerana Song Ji-hyo yang sebelum ini bekerja dengan Nexus Pharma sebagai duta jenama produk kecantikan Glutanex. Malah ahli “Running Man” itu turut memilih untuk menandatangi perjanjian ini atas dasar dia pernah bekerja bersama Namoo Actors suatu ketika dahulu.

Komen wakil dari Nexus E&M,

Dengan kepakaran dalam pemasaran global, kami akan membantu Song Ji-hyo untuk berkembang dan memberi daya tumpuan dalam perjalanan seninya. Bahkan kami akan merancang aktiviti artis secara lanjut dan memberikan sokongan yang kukuh dalam kerangka kerja yang jelas dan kami akan menjadi syarikat yang memberi tenaga kepada artis-artis.

Selamat maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...