Siapa yang sekian lama mengenali Song Ji-hyo, tak kisahlah kerana drama ataupun rancangan hiburan, pastinya tahu bahawa wanita itu merupakan seorang yang baik.
Terdahulu, semasa perjumpaan peminat di Malaysia bersama Glutanex dan Watsons, ahli “Running Man” tersebut telah tular kerana dilihat menjaga aurat peminat yang bergambar dengannya. Dek kerana tiupan angin yang kuat, tudung wanita tempatan berkenaan berterbangan namun sempat ditahan oleh Song Ji-hyo yang mengemaskan kedudukan item pakaian itu.
Rupanya hal itu telah disampaikan oleh individu berkenaan selepas menemui Song Ji-hyo di Korea selepas memenangi percutian ke negara itu dengan peluang untuk melawat ibu pejabat Glutanex.
@foreversjh lurveeee the vibes ❤️ repost : lol #songjihyo #송지효 #runningman #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryoupage #fyp ♬ original sound – S. jihyo 🦊🇲🇾
Dari video yang dikongsikan di TikTok itu, Song Ji-hyo kelihatan berbangga dan tersenyum riang apabila mengetahui insiden itu telah tular di Malaysia dan mendapat pujian ramai peminat tempatan.
Komen yang lain,
Tiada sebab untuk membenci dia.
Selebriti yang hampir satu dunia kenal tapi sangat merendah diri.
Hatinya sangat bersih.
Memang girl crush, dah lah comel pulak tu.
Sayang dia.
Sebab tu semua sayang Song Ji-hyo.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.