Ikuti Kami:

“Dari Dulu Kena Pulau” – Isu Dibuli Kembali Disebut, Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

“Dari Dulu Kena Pulau” – Isu Dibuli Kembali Disebut, Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Miss A tak dinafikan antara kumpulan generasi kedua paling popular.

Bernaung di bawah agensi JYP Entertainment, Miss A mempunyai empat ahli yang terdiri daripada Fei, Jia, Min dan Suzy.

Terbaru pada 7 Jun, salah seorang ahli iaitu Min telah menamatkan zaman bujang bersama teman lelakinya, yang merupakan seorang usahawan.

Selain keluarga, majlis tersebut turut dihadiri rakan ahli Miss A iaitu Fei dan Jia, di mana mereka dilihat mesra bergambar bersama.

Bagaimanapun, ketiadaan Suzy telah menjadi persoalan ramai, membangkitkan semula khabar angin tentang wanita itu yang dibuli dan sering dipulakukan oleh ahli lain ketika kumpulan itu masih aktif.

Namun, tiada pengesahan atau sebarang kenyataan rasmi yang dibuat mengenai dakwaan tersebut dan mungkin hanya spekulasi dari netizen sahaja.

Antara komen yang ditinggalkan,

  • Mungkin mereka tak rapat pun sebenarnya.
  • Tah tah Suzy tak dijemput pun.
  • Walaupun mereka satu kumpulan, tak semestinya mereka rapat.

Hmm korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...