Ikuti Kami:

Pengarah Tiba-Tiba Tarik Diri, Apa Jadi Dengan Drama Terbaru Kim Woobin & Suzy?

Pengarah Tiba-Tiba Tarik Diri, Apa Jadi Dengan Drama Terbaru Kim Woobin & Suzy?

Mesti ramai yang teruja nak lihat Suzy dan Kim Woo-bin bergandingan sekali lagi dalam drama terbaru mereka kan?

Bagi yang belum tahu, Suzy dan Kim Woo-bin telah dipilih sebagai teraju utama untuk drama “All The Love You Wish For”, merupakan reunion mereka sejak siri “Uncontrollably Fond” yang dikeluarkan pada 2016 yang lalu.

Terbaru, laporan menyatakan bahawa pengarah Lee Byung-hun telah menarik diri dari drama itu, ketika penggambaran yang sedang berlangsung pada tahun lepas.

Sebagai respon, wakil dari pasukan produksi mengesahkan,

Memang benar pengarah Lee Byung-hun telah meninggalkan projek itu dan ianya atas sebab peribadi.

netflix all the love you wish for

Susulan itu, pengarah Ahn Gil-ho dari “The Glory” tampil menyertai produksi dan menggantikan tempat Lee Byung-hun pada Julai 2024.

Untuk pengetahuan, penggambaran sudah pun tamat pada Oktober tahun lalu dan pasca produksi sedang giat dijalankan.

Nantikan tayangan “All The Love You Wish For” yang telah dijadualkan pada tahun ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...