Ikuti Kami:

Dari ‘Bias’ Hingga ‘Sasaeng’, Pelajari 5 ‘Slang’ Biasa Digunakan Peminat K-Pop

Dari ‘Bias’ Hingga ‘Sasaeng’, Pelajari 5 ‘Slang’ Biasa Digunakan Peminat K-Pop

Seperti sedia maklum, K-Pop telah mencapai populariti hingga ke peringkat antarabangsa.

Kalau korang nak tahu ada beberapa perkataan ataupun slang yang menarik digunakan oleh peminat K-Pop.

Jom belajar di bawah!

Bias

Korang yang minat K-Pop mungkin selalu menggunakan perkataan ini namun bagi yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia K-Pop, korang kena tahu apa maksud bias. Bias merujuk kepada ahli dalam kumpulan yang paling disukai. Selain itu, bias wrecker juga banyak digunakan dalam kalangan peminat K-Pop. Ia bermaksud idola kedua yang diminati selepas idola pertama.

Sasaeng 

Seperti di Malaysia, mesti ada peminat yang terlalu meminati artis kesayangan mereka sehingga melampaui batas. Secara ringkas sasaeng merupakan sekumpulan orang yang dipandang rendah secara meluas. Slang ini berasal daripada perkataan Korea sa untuk ‘peribadi’ dan saeng untuk ‘kehidupan’ yang merujuk kepada peminat taksub yang mengekori atau menceroboh privasi idola Korea. Sasaeng cenderung memiliki akaun media sosial peminat, dan ada yang mengatakan mereka beroperasi seperti tabloid Amerika pada tahun 2000-an.

Aegyo

slang kpop yang famous

Aegyo boleh digunakan untuk menggambarkan idola K-Pop sama ada lelaki mahupun perempuan, yang comel serta berperwatakan seperti kanak-kanak. Perkataan aegyo boleh digunakan apabila idola membuat nada vokal atau gerak isyarat muka dan badan yang comel. Aegyo biasanya bertujuan untuk menunjukkan sisi comel idola dan juga digunakan oleh penduduk umum Korea.

Maknae

slang kpop yang famous

Satu lagi perkataan Korea yang sering diguna pakai oleh peminat K-Pop di seluruh dunia ialah maknae yang bermaksud orang termuda. Slang ini digunakan untuk menerangkan ahli termuda dalam sesebuah kumpulan. Istilah maknae tidak khusus untuk K-Pop sahaja, sebaliknya, ia digunakan dalam komuniti Korea untuk merujuk kepada orang termuda dalam sesuatu masyarakat.

Solo stan

Apabila peminat hanya meminati seorang ahli, mereka adalah stan solo. Perkataan solo stan juga boleh menggambarkan seseorang yang merupakan peminat idola tunggal, sebagai contoh hanya meminati Chan-yeol tanpa mengambil tahu mengenai kumpulan yang dianggotai lelaki itu, iaitu EXO.

Comel je perkataan ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...