Ikuti Kami:

“Dari Berlakon Ke Bercinta” – Keserasian Kim Soohyun & Kim Jiwon Disamakan Dengan Hyunbin & Son Yejin

“Dari Berlakon Ke Bercinta” – Keserasian Kim Soohyun & Kim Jiwon Disamakan Dengan Hyunbin & Son Yejin

Gandingan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dalam “Queen Of Tears” ternyata berjaya!

Gandingan mereka ternyata sempurna di mana, Kim Ji-won memegang watak Hong Hae-in yang menawan dan berani. Manakala Kim Soo-hyun memainkan watak Baek Hyun-woo yang cuba mencari lagi kepastian di sisi Hong Hae-in. Walaupun kisah cinta antara lelaki kaya dan wanita biasa sering dianggap sebagai kliše, perbezaan peranan lelaki dan wanita dalam cerita ini memberikan kesegaran yang baru.

Berbeza dengan drama-drama yang berakhir dengan ‘hidup bahagia selamanya’, “Queen Of tears” membawa kelainan apabila bermula dari titik ini dan berkembang kepada apa yang terjadi selepas ‘bahagia’ itu. Faktor ini juga nyata dibanjiri pujian ramai termasuk media dari luar negara.

kim soohyun kim jiwon

Penonton meluahkan harapan mereka buat pasangan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dengan membandingkan mereka dengan pasangan Hyun Bin dan Son Ye-jin. Ini kerana pasangan tersebut memaparkan keserasian yang sempurna dalam drama “Crash Landing On You” dan setelah itu bercambah menjadi pasangan sebenar, bahkan telah pun berkahwin pada November 2022 dan turut melahirkan anak pada bulan yang sama.

Oleh itu, dalam episod yang disiarkan minggu lalu dalam “Queen Of Tears”, ada dialog yang menyebut,

Lihatlah Hyun Bin dan Son Ye-jin. Mereka berlakon dengan kasih sayang dan akhirnya benar-benar jatuh cinta. Kamu juga begitu.

Bukan itu sahaja, potret perkahwinan Hong Hae-in dan Baek Hyun-woo yang diinspirasikan daripada perkahwinan sebenar Hyunbin dan Son Ye-jin juga menarik perhatian ramai lantas penonton terus menanam impian supaya Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won mungkin akan mempunyai takdir yang sama.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...