Ikuti Kami:

Dapat Sambutan Hebat, Pihak Produksi Akan Tambah Satu Lagi Episod Untuk ‘My Dearest’

Dapat Sambutan Hebat, Pihak Produksi Akan Tambah Satu Lagi Episod Untuk ‘My Dearest’

Pasti ramai kan sedang seronok menonton drama “My Dearest”?

Untuk pengetahuan, “My Dearest” menceritakan tentang kisah cinta tragis antara Yi Chang-hyun (Namgoong Min) dan Yoo Gil-chae (Ahn Eun-jin). Ianya berjaya menjadi drama paling popular selama tiga minggu berturut-turut sejak memulakan bahagian kedua ceritanya.

Pada 9 November, pihak MBC telah mengumumkan bahawa drama tersebut akan menambah satu lagi episod bagi memberikan pengakhiran cerita yang sempurna. Kongsi mereka,

Kami menyemak dengan teliti siaran lanjut untuk ‘My Dearest’ yang menerima banyak cinta dan membuat keputusan muktamad untuk menyiarkan satu lagi episod tambahan.

mbc my dearest 2

Tambah pihak produksi,

Kami akan berusaha lebih keras untuk babak penting dalam separuh akhir drama, untuk meningkatkan lagi kualiti kerja dan kesempurnaan cerita.

Dengan ini, “My Dearest” akan mempunyai 21 episod secara keseluruhan dan episod terakhir akan ditayangkan pada 18 November nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...