Ikuti Kami:

Dapat Belajar Benda Baru, Wajib Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Ketika Bercuti Ke Korea

Dapat Belajar Benda Baru, Wajib Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Ketika Bercuti Ke Korea

Tidak salah untuk kita belajar tentang sejarah negara lain.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 tempat bersejarah menarik di Korea yang boleh dilawati pelancong.

Istana Changdeokgung

tempat bersejarah di Korea

Changdeokgung ialah vila diraja kedua yang dibina selepas Istana Gyeongbokgung pada 1405. Ia menjadi istana utama bagi kebanyakan raja Dinasti Joseon. Malangnya pada tahun 1592, Changdeokgung dibakar oleh rakyat yang dikecewakan oleh keluarga diraja selepas mereka melarikan diri semasa pencerobohan Jepun.

Istana ini kemudiannya dibaiki pada tahun 1611 dan menjadi istana Dinasti Joseon yang paling terpelihara. Ia juga telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kubu Hwaseong

tempat bersejarah di Korea

Dijadikan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO, Kubu Hwaseong mempunyai tembok yang memanjang sejauh 5.52 kilometer dan mempunyai pelbagai kemudahan ketenteraan. Dibina pada abad ke-17, kubu ini telah mengalami kerosakan teruk akibat peperangan. Malah, masih terdapat beberapa kawasan yang tidak boleh dibaiki.

Hari ini, Kubu Hwaseong menjadi tempat kepada beberapa acara dan persembahan kebudayaan, termasuk Festival Kebudayaan Suwon Hwaseong yang diadakan semasa musim bunga.

Kuil Sinheungsa

tempat bersejarah di Korea

Kuil Sinheungsa ialah tapak bersejarah yang boleh korang boleh lawati di kawasan Gunung Seorak. Dibina pada abad ke-7, kuil Buddha Zen ini telah dimusnahkan oleh kebakaran besar selama lima kali antara tahun 699 hingga 1645. Pemulihan terakhir dilakukan pada tahun 1648.

Terletak di Taman Negara Seoraksan, Kuil Sinheungsa merupakan salah satu perhentian yang boleh dikunjungi pelancong ketika mereka mendaki ke puncak gunung. Di dalam kompleks kuil, korang boleh melihat patung gangsa Buddha setinggi 14.6 meter.

Tembok Kubu Seoul 

Tembok kubu purba ini terletak di tengah-tengah bandar Seoul, ia terbentang sepanjang 18.6 km melepasi kawasan terkenal, termasuk menara Namsan. Pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan sambil melihat keindahan bandar Seoul.

Salah satu tempat terbaik untuk melihat dinding kubu ini adalah di antara jarak Taman Namsan dan Muzium Tembok Kota Seoul di Dongdaemun. Peminat drama “taewon Class” akan mengenali dinding kubu ini sebagai adegan yang paling romantik antara dua watak utama itu.

Perkampungan Rakyat Minsok

tempat bersejarah di Korea

Perkampungan Rakyat Minsok akan membawa korang kembali ke masa lalu sambil meneroka perkampungan tepi tasik asli Korea. Terletak di selatan Seoul, setiap rumah, kuil dan bangunan di sini didirikan sejak dari zaman Joseon lewat pada abad ke-18 dan ke-19.

Pelancong boleh mencuba pelbagai kraftangan, makanan dan juga melihat upacara perkahwinan tradisional orang Korea. Di sini juga, korang boleh menonton beberapa persembahan tradisi mereka, malah pelancong mungkin boleh melihat sendiri beberapa tukang Korea membuat kraftangan secara langsung.

Selamat bercuti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...