Ikuti Kami:

Dapat Sambutan Ramai, Pasukan Produksi Umum Akan Panjangkan Waktu Siaran Episod Akhir ‘Knight Flower’

Dapat Sambutan Ramai, Pasukan Produksi Umum Akan Panjangkan Waktu Siaran Episod Akhir ‘Knight Flower’

Pasukan produksi bagi drama “Knight Flower” telah mengumumkan bahawa mereka akan memanjangkan waktu siaran bagi episod akhir drama tersebut.

Drama komedi sejarah yang pertama kali disiarkan pada 12 Januari yang lalu ini telah berjaya mencapai rating yang tinggi sebanyak 13.1%.

Diterajui oleh Honey Lee dan Lee Jong-won, drama ini mengisahkan tentang dua kehidupan berbeza seorang wanita yang telah menjadi janda selama 15 tahun. Memiliki jalan cerita yang kelakar dan menarik, “Knight Flower” telah berjaya meraih perhatian penonton sejak dari mula ianya disiarkan.

Pasukan produksi drama itu berkata,

Disebabkan drama ini telah mendapat sambutan yang baik, kami akan memanjangkan episod terakhir bagi ‘Knight Flower’ dan menyiarkannya 5 minit lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

Tambah mereka,

Kami telah bekerja keras untuk memberikan hasil yang terbaik buat penonton jadi kami harap penonton akan setia memberikan sokongan sehingga drama ini tamat.

Episod terakhir “Knight Flower” akan disiarkan selama 85 minit pada 17 Februari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...