Ikuti Kami:

Baru Tayang Dua Episod, Drama Komedi Sejarah ‘Knight Flower’ Berjaya Raih Perhatian Penonton

Baru Tayang Dua Episod, Drama Komedi Sejarah ‘Knight Flower’ Berjaya Raih Perhatian Penonton

Kejayaan demi kejayaan.

Baru tayang dua episod, drama sejarah, “Knight Flower,” telah mendapat perhatian yang ketara. Menurut Nielsen Korea, drama itu telah mencapai rating 8.2% dan ia merupakan satu pencapaian yang bagus untuk drama sejarah.

Untuk pengetahuan, “Knight Flower” membawa kisah dua kehidupan berbeza seorang wanita yang 15 tahun menjanda di mana dia kelihatan tenang di siang hari namun membantu golongan memerlukan di malam hari. Ia dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Honey Lee, Lee Jong-won, Park Se-hyun dan ramai lagi.

Walaupun berdepan saingan daripada “My Demon” dan “Marry My Husband,” “Knight Flower” terus menunjukkan daya tarikannya dengan peningkatan 200% populariti apabila ia memasuki minggu kedua tayangan.

Salah satu faktor ia ditonton ramai adalah, drama ini menampilkan pelbagai unsur jenaka, menjadikannya mudah difahami dan seronok untuk ditonton. Selain itu, skripnya direka dengan baik di mana, diadaptasi daripada webtoon popular berjaya menambah daya tarikannya.

Khususnya, persembahan pelakon juga menaikkan “Knight Flower” menjadi sebuah K-Drama yang berjaya pada tahun ini.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...