Ikuti Kami:

“Saya Nangis Teruk..” – Honey Lee Dedah Hampir Alami Keguguran Anak Sulung

“Saya Nangis Teruk..” – Honey Lee Dedah Hampir Alami Keguguran Anak Sulung

Kali pertama menjadi ibu, Honey Lee pastinya ingin anaknya sentiasa sihat dan cerdas.

Sebelum ini, Honey Lee telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube CBS, di mana dia ada menceritakan tentang kesusahan yang dihadapi ketika melahirkan anak sulung perempuannya.

Dalam siaran itu, pelakon wanita tersebut meluahkan rasa sayangnya kepada suaminya dengan berkata,

Saya dapat menghabiskan tempoh hamil seperti perayaan kerana suami saya begitu menyokong. Saya ragu-ragu kerana saya anggap kehamilan adalah pengorbanan wanita tetapi selepas melahirkan anak, saya sedar bahawa peranan bapa juga penting.

honey lee

Kemudian, Honey Lee juga mendedahkan bahawa dia hampir mengalami keguguran untuk anak pertamanya itu,

Saya ditawarkan untuk melakukan ujian pengesanan genetik di hospital universiti sekitar minggu ke-18. Doktor pandang saya dan berkata ‘Sila lakukan ujian air ketuban dan bersedia untuk pengguguran’. Saya tutup pintu pejabat doktor dan nangis dengan teruk.

Sambungnya lagi,

Saya tidak tahu apa yang saya lalui semasa menunggu keputusan untuk ujian air ketuban itu. Namun saya bersyukur kerana akhirnya dapat melahirkan anak yang sihat.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Honey Lee dan keluarga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...