Ikuti Kami:

Dalam Proses Perceraian, Hwang Jungeum Fail Saman Pada Suami Dek Hutang Lebih RM3 Juta Tak Dibayar

Dalam Proses Perceraian, Hwang Jungeum Fail Saman Pada Suami Dek Hutang Lebih RM3 Juta Tak Dibayar

Beberapa bulan yang lalu, Hwang Jung-eum mengumumkan bahawa dia dan suaminya Lee Young-don, akan bercerai untuk kali kedua dan masih dalam prosiding kini.

Pada 25 Jun pula, saluran YouTube ‘Behind Master’ melaporkan bahawa Hwang Jung-eum telah memfailkan saman sivil pada suaminya, untuk mendapatkan semula wangnya.

Sebagai respon, agensi pelakon itu mengeluarkan kenyataan,

Memang benar Hwang Jung-eum memfailkan saman sivil tapi kami tidak tahu mengenai butiran keadaannya.

Menurut sumber, semasa perkahwinan mereka, wanita itu telah meminjamkan suaminya sebanyak 900 juta KRW melalui syarikat peribadi namun semasa prosiding perceraian, Hwang Jung-eum nampaknya sukar untuk mendapatkan kembali wangnya itu.

hwang jungeum lee youngdon

Selain itu, pihak Hwang Jung-eum juga cuba membayar semula wang yang dipinjamkannya itu secara ansuran kerana dia tidak mempunyai wang tunai yang cukup buat masa ini.

Semoga semuanya dipermudahkan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Chosun Biz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...