“Ready Nak Kahwin” – Foto Lisa BP Mesra Makan & Borak Dengan Ahli Keluarga Frédéric Arnault Raih Perhatian
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Seronoknya tengok kehidupan bahagia Lisa sekarang bersama kekasihnya, Frédéric Arnault!
Baru-baru ini, foto Lisa BLACKPINK duduk bersebelahan Frédéric Arnault di sebuah restoran di Paris telah tular.
Apa yang menariknya, mereka bukan sahaja berdua malahan ahli keluarga lelaki itu turut dilihat berada di situ dan makan bersama.
Dalam foto yang dikongsi, Lisa nampak bahagia dan santai berborak dengan mereka, menunjukkan hubungan akrabnya bersama keluarga kekasihnya itu.

Bahkan, ramai juga menyatakan bahawa tak terkejutlah jika suatu hari nanti penyanyi “Money” itu akan mengumumkan tentang perkahwinannya bersama Frédéric.
Sementara itu, Lisa akan membuat kemunculan sebagai penyanyi solo dengan single “ROCKSTAR” akan dikeluarkan pada 28 Jun nanti.
Semoga mereka sentiasa berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




