Ikuti Kami:

“Dahsyat Suntingan Mereka” – Kim Seonho Sebenarnya Ada Dalam Episod Ke-100 ‘2 Days 1 Night’?

“Dahsyat Suntingan Mereka” – Kim Seonho Sebenarnya Ada Dalam Episod Ke-100 ‘2 Days 1 Night’?

Selepas mengundurkan diri, kelmarin merupakan episod pertama “2 Days 1 Night” tanpa Kim Seon-ho.

Dalam episod berkenaan, setiap ahli dilihat menyertai satu perjumpaan bagi membincangkan mengenai kandungan yang akan dirakamkan bagi menyambut episod ke-100 mereka di kepulauan Jeju itu.

Tiada yang janggal mengenai rakaman itu, namun laman komuniti Korea dipenuhi dengan entri yang meluahkan rasa kagum dengan kebolehan menyunting pihak produksi “2 Days 1 Night”.

Selepas dikaji, rupanya Kim Seon-ho berkemungkinan besar sebenarnya menyertai rakaman bagi membincangkan kandungan episod ke-100 itu.

kim seonho 2 days 1 night

Menurut pemerhatian penonton, pelakon itu berkemungkinan besar duduk di antara Yeon Jung-hoon dan Kim Jong-min. Ini kerana, ketikan rakaman solo mereka, dapat dilihat lengan baju bercorak kotak-kotak di tepinya. Namun begitu, kalau dilihat rakaman penuh dengan kesemua ahli, tiada siapa pun yang berpakaian dengan corak sedemikian.

Bahkan dalam satu rakaman, terdapat 6 biji kek beras yang diletakkan menandakan untuk 6 ahli rancangan itu termasuk Kim Seon-ho.

kim seonho 2 days 1 night

Komen penonton:

Ianya nampak natural.

 

Saya tak perasan langsung ketika menonton kelmarin.

 

Kalau perhatikan dinding, boleh perasan yang mereka potong dan tampalkan mereka bersama.

 

Saya tertanya-tanya juga memandangkan ada 6 kek beras.

 

Dahsyat betul kemahiran suntingan mereka.

kim seonho 2 days 1 night

Detail betul dorang edit.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...