Ikuti Kami:

“Meski Ada Perubahan, Kami Buat Yang Terbaik” – ‘2 Days 1 Night’ Tayang Episod Pertama Tanpa Kim Seonho

“Meski Ada Perubahan, Kami Buat Yang Terbaik” – ‘2 Days 1 Night’ Tayang Episod Pertama Tanpa Kim Seonho

Akhirnya episod ke-100 “2 Days 1 Night” telah pun ditayangkan kelmarin. Bukan sahaja ia merupakan rakaman yang bermakna untuk semua malah ia juga merupakan episod pertama tanpa Kim Seon-ho.

Dalam dua episod lalu, Kim Seon-ho masih lagi bersama rancangan itu namun babaknya disunting sebanyak yang boleh berikutan keputusan yang dibuat oleh program itu.

Kesemua ahli iaitu Moon Se-yoon, Ravi (VIXX), Yeon Jung-hoon, DinDin dan Kim Jong-min telah melawat Jeju bagi menyambut episod khas itu.

Episod itu dibuka dengan ucapan terima kasih semua buat penonton yang tidak jemu menyokong mereka,

Kata Yeon Jung-hoon,

Kami memulakan musim ke-4 dengan kerisauan dan perhatian, namun kami sudah mencapai episod ke-100 kini. Saya merasakan bahawa kami mampu sampai ke sini kerana sokongan dan kasih sayang semua.

2 days 1 night 100

Moon Se-yoon turut menyebut mengenai Kim Seon-ho yang mengundurkan diri,

Terdapat sedikti perubahan. Namun, kami berjanji akan mencuba yang terbaik dan bekerja keras untuk membalas perhatian yang diterima saban hari. Seperti biasa, kami akan memberikan hiburan buat penonton dengan menampilkan perjalanan yang menyeronokkan. Terima kasih untuk 100 episod.

Selepas kesemua ahli menunduk hormat buat penonton, jerit DinDin,

Jom! Pergi ke mana-mana! Hwaiting!

Bagaimana episod ke-100 ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...