Ikuti Kami:

“Dah Tak Nak Jadi Idola Ke?” – Netizen Mempertikaikan Video Yang Disukai Jungkook BTS Di TikTok

“Dah Tak Nak Jadi Idola Ke?” – Netizen Mempertikaikan Video Yang Disukai Jungkook BTS Di TikTok

Video apa yang Jung-kook suka ni?

Menjadi selebriti bukan mudah, malah terdapat banyak cabaran yang harus dilalui. Terikat dengan jadual yang padat, aktiviti promosi yang tiada penghujungnya dan sentiasa berada di bawah pengawasan yang ketat dari orang awam serta peminat merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh selebriti.

Jung-kook terkenal dengan kehadirannya di sosial media TikTok, malah dia juga sering menunjukkan penghargaannya kepada peminat dengan menyukai video mereka. Bagaimanapun, segelintir netizen telah menuduh Jung-kook menyukai kandungan yang tidak sesuai dan mengikuti beberapa bintang TikTok yang tidak senonoh.

Di dalam satu komuniti dalam talian, terdapat satu netizen yang menulis,

Lihat apa yang Jung-kook BTS suka dan ikuti. Dia ni dah putus asa untuk jadi idola ke? Kenapa dia padam akaun Instagramnya yang elok dan bertindak seperti ini dekat TikTok? Tolong uruskan kehidupan peribadi anda dengan lebih baik.

jungkook like

Terdapat juga netizen lain yang membuat hantaran poster di TikTok yang berbunyi,

Saya tidak kisah kalau awak bercinta, buat tatu atau merokok sebab awak dah dewasa. Tapi, dekati wanita secara umum ini agak melampau. Pernah ke awak lihat lelaki lain yang mendekati wanita dalam siaran langsung? Tak terfikir ke perbuatan awak membuatkan imej awak kotor?

Dalam masa yang sama, peminat masih setia melindungi Jung-kook dengan menjelaskan bahawa Jung-kook sering menyukai pelbagai jenis video. Malah dia juga sering menyukai video yang dibuat oleh peminatnya termasuk video menari serta apa-apa lagi video yang berkaitan dengannya.

Antara komen peminat ialah,

Dia menyukai banyak video yang guna lagu dia.

 

Perempuan-perempuan dalam video tu guna lagu Jung-kook.

 

Dia dah dewasa biarlah dia nak buat apa pun.

 

Awak buat macam dia hanya menyukai video perempuan je kan? Dia banyak menyukai video yang lain juga.

 

Biarkan je la dia. Awak ingat dia teman lelaki awak ke?

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...