Ikuti Kami:

“Dah Tahu Kenapa Boleh Bertahan Lama” – Penonton Puji ‘Running Man’ Atas Sebab Ini

“Dah Tahu Kenapa Boleh Bertahan Lama” – Penonton Puji ‘Running Man’ Atas Sebab Ini

Bukan senang buat sesuatu program hiburan Korea untuk bertahan hingga berbelas tahun lamanya.

Tetapi tidak bagi “Running Man” yang terbukti popular hingga berjaya selama 13 tahun kini meskipun mengalami pelbagai dugaan seperti pertukaran ahli dan juga isu rating rendah.

Menerusi episod terbaru ini, penonton mempelajari sebab utama program berkenaan mampu berlangsung dengan lama. Ini kerana keutuhan ahli dan pihak produksi yang seperti keluarga sebenar.

Hal ini dapat dilihat apabila Song Ji-hyo yang memasak bersungguh-sungguh untuk 30 orang dan mendapat sokongan oleh ahli lain. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada awalnya kerana rasa masakan yang kurang mengena, wanita itu berjaya menyelamatkan juadah mereka sebaik mungkin.

running man

Malah ahli lain termasuklah jurukamera turut memberikan keyakinan dan pujian buat Song Ji-hyo atas masakan yang hebat itu.

Komen penonton,

Ji-hyo yang cuba sedaya upaya untuk memasak dan abang-abang yang menjaganya.

 

Mereka kelihatan seperti keluarga kerana berkongsi satu bahagian dengan tiga orang.

 

Hebat betul Song Ji-hyo kerana dapat selamatkan masakan itu.

 

Apabila jurukamera memuji masakan Ji-hyo dan dia meluahkan rasa lega membuktikan yang mereka ialah keluarga.

 

Sebab itu mereka boleh bertahan lama…

running man

Seronok tau tengok hubungan dorang~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...