Pejam celik pejam celik, sudah setahun pasangan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon berkahwin!
Untuk pengetahuan, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon yang berkahwin pada 22 Januari 2022 yang lalu, telah menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada hari ini.
Terbaru, pasangan itu dilihat sedang meluangkan waktu mereka bersama di sebuah restoran Jepun di Hawaii.
https://twitter.com/kdramatreats/status/1616744522175893508?s=20&t=t6m7qQsf93lR94OBbDqGJg
Menerusi gambar yang diambil peminat, Park Shin-hye sedang bersandar pada bahu suaminya Choi Tae-joon, kemudian mengambil swafoto. Sweet sangat!
Nampaknya, pasangan itu pergi ke Hawaii untuk bercuti dan juga untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka bersama.
Sekejap je dah setahun, kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉