Ikuti Kami:

“Dah Sama Warna Macam Dinding” – Peminat Berang Lihat BigHit Sunting Wajah BTS Terlalu ‘Putih’

“Dah Sama Warna Macam Dinding” – Peminat Berang Lihat BigHit Sunting Wajah BTS Terlalu ‘Putih’

Peminat pasti tahu bahawa gambar selebriti Korea seringkali disunting sehingga warna kulit wajah mereka kelihatan cerah dan tidak asli.

Baru-baru ini, BTS telah melancarkan gambar muka depan untuk buku pertama kumpulan itu “BEYOND THE STORY : 10-YEAR RECORD OF BTS”, yang bakal dilancarkan pada 9 Julai nanti.

Meskipun teruja, sesetengah peminat nampaknya tidak begitu gembira dengan warna kulit ahli yang disunting dalam gambar itu, sehinggakan wajah mereka kelihatan begitu cerah dan terang.

Tambahan, ada juga yang menyunting semula gambar tersebut, dengan mendedahkan warna kulit asli 7 ahli itu.

Antara komen yang ditulis di Twitter,

Kenapa warna kulit mereka dah sama macam warna dinding..

 

Warna kulit mereka yang asli kan elok, kenapa kena sunting sampai macam itu?

 

Susah sangat ke untuk tidak sunting gambar mereka?

Haihh..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...