Sepertinya “Running Man” sekali lagi terpalit kontroversi mengenai cara layanan ahli lain terhadap Ji Suk-jin.

Episod terbaru ini, kesemua ahli menjalani perlumbaan di sekitar Seoul di mana mereka tidak boleh menggunakan sistem navigasi dan hanya boleh mendapatkan bantuan peta.
Duduk di sisi penumpang, Ji Suk-jin cuba memberi arahan mengenai arah perlu dilalui buat Yoo Jae-suk yang memandu. Walau bagaimanapun, percubaa lelaki tua itu menemui kegagalan apabila dia sering diusik Yoo Jae-suk,
Duduk diam sahaja.
Ji Suk-jin tidak mengalah dan meminta Yoo Jae-suk supaya mengambil jalan terus sahaja, namun lelaki itu cuba membelok ke kiri. Kata Kim Jong-kook,
Suk-jin hyung, letak sahaja peta itu.
Apabila Yoo Jae-suk tersilap jalan, luah Ji Suk-jin dengan rasa kesal,
Kan saya dah cakap suruh terus sahaja.
Balas Kim Jong-kook,
Awak boleh sahaja suruh dia terus kan? Kenapa agresif dan nak marah?
Kemudian, Yoo Jae-suk cuba menolak Ji Suk-jin ke belakang dan meminta Yang Se-chan menggantikan tempatnya. Balas lelaki tua itu perlahan,
Saya rasa geram sangat.
Bukan pertama kali Ji Suk-jin menjadi mangsa usikan ahli lain, pun begitu rata-rata penonton merasakan bahawa ianya kian melampau. Bahkan pihak produksi juga menggalakan situasi ini dengan memuat naik pelbagai kompilasi Ji Suk-jin dibuli dengan tajuk “Yoo Jae-suk Buat Ji Suk-jin Terdiam” dan “Yoo Mengusik & Ji Suk-jin”.
Walaupun atas dasar ‘kawan’, penonton mengkritik bahawa mereka agak melampau melayan dengan Ji Suk-jin. Kata mereka,
Saya harap mereka akan berhenti mengusiknya.
Mereka perlu lebih berjaga-jaga.
Kalau jadi keluarga Ji Suk-jin, saya juga akan terasa.
Macam membuli je..
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.