Song Ji-hyo sememangnya seorang yang berdedikasi dengan kerjanya walaupun kadang-kadang ia memudaratkan diri sendiri.
Baru-baru ini, wanita itu didedahkan mengalami kemalangan kecil semasa dalam perjalanan untuk ke set penggambaran “Running Man”. Pun begitu, Song Ji-hyo tetap menghadiri rakaman meskipun perlu membawa kereta sendiri tanpa pengurusnya.
Walau bagaimanapun, rata-rata peminat perasan bahawa wanita itu menahan kesakitan sepanjang episod berkenaan. Antara yang paling nyata ialah ahli lain perlu membantunya membuka kasut butnya.
지효 신발 벗는거 도와주고 가격표 보고 놀라는 중
🤓와 형 되게 비싸! pic.twitter.com/TrOFSripVG— 유재석바라기 (@720814yoo__) November 13, 2022
Malah Kim Jong-kook turut membantu pelakon tersebut untuk memakai tali pinggang keledar apabila melihat dia seperti menahan kesakitan di tulang selangka.
송죠 안전벨트 매는 것도 힘들어하는데,,가는 동안 차 안에서 계속 목잡고 있고,, 생각보다 심하게 다쳤나..맴찢…. pic.twitter.com/5zniACG5JY
— itsong! (@itssong_815) November 13, 2022
Song Ji-hyo turut dilihat memegang lehernya hampir setiap masa ketika mereka bergerak ke destinasi seterusnya.
she’s been resting and holding her neck, i think she’s really in pain that day🥺
poor baby huhu pls stay safe and be healthy alyaws🥺🙏#송지효 #SongJiHyo pic.twitter.com/Nj38VjpX3H
— dessy (@matchajihyo) November 13, 2022
Lebih menyedihkan, Song Ji-hyo turut menampal koyok di bahagian belakang lehernya dek impak kemalangan itu.
The close up of her pain relief patch 😢 this baby gets me worried everytime#송지효 #SongJiHyo #宋智孝 #ソンジヒョ https://t.co/33xAvUTSev pic.twitter.com/pFjJBI22Jz
— SongJihyoInternational01 (@SJHIntl01) November 13, 2022
Melihatkan kondisi Song Ji-hyo yang menahan kesakitan, ramai yang meluahkan rasa sedih kerana wanita tersebut sanggup berlagak baik bagi menyertai rakaman itu.
Kesian Song Ji-hyo..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.