Ikuti Kami:

Dah Lama Tak Comeback Sebagai Penyanyi, G-Dragon Akui Rindu Ingin Buat Persembahan

Dah Lama Tak Comeback Sebagai Penyanyi, G-Dragon Akui Rindu Ingin Buat Persembahan

Nampaknya, G-Dragon ada keinginan nak buat konsert jelajah?

Baru-baru ini, rapper terkenal iaitu G-Dragon telah memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Untuk maklumat, G-Dragon telah terlibat dengan satu temu bual baru-baru ini. Ketika ditanya sama ada cara terbaik untuk memahami dirinya adalah melalui lagu-lagunya, lelaki itu memberi respon,

Respon bintang idola itu,

Saya pun rasa begitu juga. Melainkan awak mempunyai temu bual atau perbualan peribadi dengan saya. Saya rasa satu-satunya cara untuk saya menyampaikan diri adalah melalui nyanyian dan muzik.

Gdragon

Tambahnya lagi,

Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang saya makan dan lakukan hari ini, tetapi sekurang-kurangnya apa yang saya akui melalui lagu saya adalah semua pengalaman saya. Ini semua cerita saya.

Seterusnya, G-Dragon turut ditanya sama ada dia teringin untuk mengadakan konsert jelajah. Jawab ketua kumpulan BIGBANG itu,

Sudah tentu, saya benar-benar mahu membuat persembahan. Walaupun saya melakukan pelbagai aktiviti, seperti penggambaran foto, pertunjukan, acara, iklan, dan lain-lain, saya masih belum membuat kemunculan semula sebagai penyanyi. Ia akan menjadi perkara yang saya lakukan sebagai G-Dragon selepas detik-detik itu.

GD

Tambahan, dia berkata,

Saya kini dalam peringkat untuk terus bekerja dengan harapan bahawa saya fikir diri saya yang lalu adalah baik.

Untuk pengetahuan korang, G-Dragon sedang mempersiapkan kemunculan semulanya tidak lama lagi.

Harap semuanya berjalan dengan lancar!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...