Ikuti Kami:

Bernilai Cecah RM65 Juta, G-Dragon Dilapor Beli Pangsapuri Paling Mahal Di Korea Selatan

Bernilai Cecah RM65 Juta, G-Dragon Dilapor Beli Pangsapuri Paling Mahal Di Korea Selatan

Sudah lama aktif dalam dunia hiburan, G-Dragon sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti Korea Selatan dengan pendapatan lumayan.

Terbaru menurut laporan media Korea pada 13 Jun, G-Dragon dilapor telah membeli sebuah apartmen di bangunan ONE-R Cheongdam, yang mencatatkan harga jualan tertinggi di Korea pada tahun lepas.

Kalau korang nak tahu, ONE-R Cheongdam ialah bangunan pangsapuri mewah yang masih sedang dibina di tapak bekas studio SM Entertainment, berlokasi di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul dan akan siap pada 2025 nanti.

Untuk maklumat, bangunan itu menawarkan pangsapuri untuk 16 isi rumah dari tingkat 4 hingga tingkat 20, dengan hanya 1 isi rumah di setiap tingkat. Selain itu, setiap tingkat juga dipercayai mempunyai lif khas untuk kereta super dan 2 kereta dibenarkan untuk diletakkan di setiap pangsapuri.

Menarik perhatian, G-Dragon juga dikatakan telah membeli apartmennya itu dengan harga 15 bilion won (RM54,297,270) hingga 18 bilion won (RM65,160,000). Fuh mahal tu!

Mantap la G-Dragon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...