Pasti ramai yang rindukan penampilan solo G-Dragon sebagai penyanyi kan?
Terbaru, G-Dragon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea, di mana idola itu ada berkongsi proses persediaan untuk keluaran muzik baharunya.
Dia berkata pada awalnya,
Memandangkan sudah lama saya meninggalkan industri muzik, saya sangat seronok membuat persiapan untuk album saya hari ini. Setiap kali saya mengusahakannya, saya berasa sangat teruja.
Sambungnya lagi dengan memberitahu inspirasinya ketika membuat muzik,
Saya sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengan dunia melalui muzik saya. Pengalaman saya sendiri adalah sumber yang saya akan letakkan ke dalam lagu yang saya hasilkan sebelum ini. Muzik adalah saluran terbaik untuk saya benar-benar memahami siapa diri saya.
Sama-sama kita nantikan lagu baru dari G-Dragon!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉