Ikuti Kami:

“Dah Lama Dorang Dating..” – Netizen ‘Tangkap’ Jisoo BP Lepak Rumah Ahn Bohyun?

“Dah Lama Dorang Dating..” – Netizen ‘Tangkap’ Jisoo BP Lepak Rumah Ahn Bohyun?

Kelmarin, Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun mengesahkan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam kini.

Menurut Dispatch, disebabkan keduanya mempunyai jadual seni yang padat, mereka akan berjumpa di sekitar Yongsan di mana ia merupakan tempat tinggal ahli BLACKPINK itu.

Mungkin kerana kombinasi pasangan ini langsung tak dijangka ramai, netizen mula ‘mengorek’ klu yang mungkin pernah ditinggalkan mereka di laman media sosial sebelum hal ini terbongkar.

ahn bohyun jisoo

Antara yang menimbulkan prasangka ramai ialah dalam salah satu foto yang dimuat naik Ahn Bo-hyun di laman Instagram miliknya bagi menyambut tahun baru awal Januari lalu. Nampak normal seperti foto yang diambil dalam rumah lelaki itu namun peminat perasan terdapat sosok tubuh seperti Jisoo pada pantulan cermin tingkap.

Walaupun laporan asal mengatakan mereka mula serius pada Mei lalu namun berkemungkinan besar Jisoo dan Ahn Bo-hyun sudah mula bercinta lebih awal dari jangkaan itu.

Apa pun semoga mereka berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...