Ikuti Kami:

“Dah La Kelakar” – Klip Mencarut Tular, Ramai Terpesona Dengan Kecantikan ‘Natural’ Jeon Somin

“Dah La Kelakar” – Klip Mencarut Tular, Ramai Terpesona Dengan Kecantikan ‘Natural’ Jeon Somin

Jeon So-min sememangnya dikenali dengan personalitinya yang santai dan jujur dalam meluahkan perasaannya.

Baru-baru ini, Haha telah melakukan siaran langsung menerusi saluran Twitch, menampilkan Yang Se-chan sebagai tetamu.

Dalam siaran itu, kedua mereka bermain permainan “Jump King” secara dalam talian bersama, sambil seronok berinteraksi dengan penonton. Tiba-tiba, Yang Se-chan menerima panggilan telefon dari Jeon So-min, yang menyatakan bahawa dia kecewa melihat kedua-dua mereka asyik tewas dalam permainan tersebut.

Kemudian, apabila Jeon So-min secara berseloroh bertanya bagaimana dia boleh menderma kepada strim, Haha dan Yang Se-chan cuba untuk bergurau dengannya dengan memberitahu bahawa sumbangan boleh dibuat secara manual dengan membuat bunyi menggunakan mulut mereka.

Awak perlu membuat bunyi sendiri. Ikut saya.

haha jeon somin yang sechan

Respon Jeon So-min,

Adakah awak fikir saya seorang yang bodoh?

Terkejut dengan respon bersahaja dari pelakon “Cleaning Up” itu, Haha cuba mengawal keadaan dengan berkata,

Tidak, bukan itu yang saya maksudkan..

Untuk pengetahuan, klip pendek Haha dan Yang Se-chan bersama Jeon So-min tersebut telah tular kini, dek ramai yang terkejut dengan bahasa kasar yang dilontarkan wanita itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang terpesona dengan kecantikannya yang semula jadi dalam siaran langsung berkenaan.

haha jeon somin yang sechan

Antara komen yang ditulis,

Bagaimana dia boleh melontarkan perkataan makian itu dengan begitu lembut?

 

Dia kelihatan cantik dalam panggilan video ini.

 

Dah la cantik, kelakar pula Jeon So-min ni. Saya yakin dia sangat cantik dalam kehidupan sebenar.

Teringinnya nak jumpa Jeon So-min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...