Ikuti Kami:

“Dah Kaya Kan..” – Selebriti Malaysia Popular Ini Dikritik Sertai Uji Bakat Pencarian Ahli Baru FIFTY FIFTY

“Dah Kaya Kan..” – Selebriti Malaysia Popular Ini Dikritik Sertai Uji Bakat Pencarian Ahli Baru FIFTY FIFTY

Ramai pasti tahu mengenai kes kumpulan FIFTY FIFTY kan?

Walau bagaimanapun, hanya Keena yang kekal di pihak agensi itu manakala kontrak ahli lain iaitu Aran, Sio dan Saena sudah pun dibatalkan. Oleh itu, agensi berkenaan telah pun menjalani uji bakat ‘FIFTY FIFTY GLOBAL AUDITION 2024’ bagi mencari ahli baru untuk menggantikan tempat itu.

Apa yang menariknya, uji bakat yang turut berlangsung di Singapura baru-baru ini turut menampilkan beberapa peserta dari Malaysia. Antaranya ialah Christina Kuan, 26 tahun, yang meluahkan rasa teruja kerana sanggup datang dari jauh untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Pun begitu, ramai yang mengkritik wanita tersebut kerana mahu menyokong agensi yang tidak bersikap adil dengan artis sendiri. Malah, mereka terkesima kerana wanita tersebut mahu menyertai uji bakat FIFTY FIFTY itu hanya kerana menyukai lagu ‘Cupid’. Kata mereka,

Tak sangka akan nampak Ms Kuan kat sini.. orang kaya memang akan lakukan apa sahaja sekarang ni.

 

Apa ni…

 

Kenapa orang Malaysia buat perangai macam ni..

 

Dia sanggup sertai agensi macam tu?

 

Ms Kuan, awak dah cukup kaya kan?

 

Dia tak tahu ke tentang saman yang berlaku antara ahli lama dan agensi ni?

 

Sertai agensi sebab lagu dia je?

christinna kuan fifty fifty

Namun apa yang menarik ialah Christinna sebenarnya merupakan pempengaruh dan blogger gaya hidup yang agak popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Malah adik-beradiknya yang lain iaitu dikenali sebagai ‘Kuan Siblings’ turut mempunyai pengaruh yang besar dalam industri seni tempatan dan turut aktif sebagai penyanyi.

Meskipun sudah berjaya dalam hidup, ramai tertanya-tanya apa alasan sebenar dia mahu memulakan langkah baru sebagai bintang K-Pop.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...