Ikuti Kami:

“Dah Jangka Tapi..” – Terkejut Lihat Ending, Penonton Mahu ‘A Shop For Killers’ Hasilkan Musim Kedua

“Dah Jangka Tapi..” – Terkejut Lihat Ending, Penonton Mahu ‘A Shop For Killers’ Hasilkan Musim Kedua

Bukan mudah nak cari drama thriller yang mendebarkan sekarang ini, tapi sepertinya “A Shop For Killers” memenuhi resipi yang diperlukan buat genre itu.

Bersiaran selama 8 episod, drama ini membawa kisah seorang anak saudara yang terpaksa menghadapi pelbagai serangan musuh selepas bapa saudaranya yang meninggal dunia meninggalkan legasi pembunuhan upahan buatnya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod akhir ini, Ji-an (Kim Hye-joon) terus melawan penjahat yang mahu memusnahkan legasi bisnes bapa saudaranya, Jin-man (Lee Dong-wook). Walau bagaimanapun, semua menjadi huru-hara namun dengan ending mengejutkan di mana Jin-man keluar dari teksi dengan wajah tersenyum meskipun dia dikatakan sudah mati sebelum ini.

Oleh itu, penonton tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya pada lelaki itu dan bagaimana dia melarikan diri dari kematian meskipun sudah dipaparkan secara jelas bagaimana dia dibunuh sebelum ini. Bukan itu sahaja, penonton turut mahu mengetahui keberadaan rakan Ji-an lain iaitu Pasin, Bale, dan Min-hye yang tiba-tiba ghaib tanpa berita.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...