Sebenarnya, banyak halangan yang dilalui oleh seorang pelakon.
Terbaru, Lee Dong-wook telah muncul dalam program ‘Channel Fifteen’ di YouTube bagi membincangkan lebih mendalam mengenai drama “A Shop For Killers” dan kehidupan peribadinya.
Akui lelaki itu, dia pernah berada dalam kemurungan dan terfikir untuk bersara,
Selepas drama ‘Life’ habis bersiaran, saya mengalami kejatuhan. Situasi itu begitu parah sehingga saya tak keluar rumah selama hampir sebulan.
Dia meneruskan,
Saya tidak puas dengan diri sendiri. Saya merasa tidak puas dengan lakonan saya dan rasanya seperti saya menjadi sasaran kritik dan serangan dalam karya ‘Life’, dan saya merasa itu adalah kesalahan saya, dan saya merasa kecewa dengan hal itu, itulah sebabnya kemurungan itu terasa besar.
Lee Dong-wook turut mengakui dengan jujur bahawa dia berputus asa dengan lakonan dan mahu berpindah ke luar negara. Malah dia turut terasa bahawa seperti orang yang tak berguna pada ketika itu selain turut mengalami masalah fizikal akibat tidak bersenam dan sering menjamah alkohol.
Pun begitu, dia berjaya melalui fasa berkenaan dengan bantuan rakan baik, Gong Yoo. Katanya, lelaki itu menariknya keluar dari rumah,
Ketika kami minum-minum dan bercerita tentang kehidupan sehari-hari yang biasa, saya merasa, ‘Ini adalah kehidupan nyata saya. Orang-orang yang mengkritik saya dalam dunia maya bukanlah orang sebenar’, lantas saya merasa harus keluar dan berolahraga.
Semoga Lee Dong-wook terus kuat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.