HIGHLIGHT telah mengadakan konsert “LIGHTS GO ON, AGAIN” di Seoul.
Di mana, ini merupakan konsert pertama mereka selepas memenangi hak penggunaan nama kumpulan BEAST.
Semasa konsert tersebut berlangsung, kesemua ahli kumpulan itu juga turut meluahkan perasaan sebenar mereka.
Mereka berkata,
Sekarang kami dah boleh jerit ayat ni kuat-kuat selama mana yang kami mahu. Hi semua kami ialah BEAST.
Tambah mereka,
Kini, kami berdiri di hadapan kamu semua sebagai HIGHLIGHT dan BEAST. Setelah semua yang berlaku, apa yang penting sekarang ialah kita sentiasa ada bersama satu sama lain dari dulu sehingga sekarang. Kita akan sentiasa bersama selamanya.
Saya juga berharap agar kita dapat buat konsert guna nama BEAST di masa yang akan datang.
💙비스트 이름을 되찾고 하고싶은게 생겼는지?
💜진짜 혼자 생각만 해본건데 나중에..비스트 이름으로 콘서트를 하면
💡😭😭😭😭😭😭
💛정말 혼자서 생각하셨네요 pic.twitter.com/46WHElaR8O— 쩜 (@dnpn_dumbo) May 10, 2024
Tidak berhenti di situ, kumpulan ini turut mempersembahkan beberapa buah lagu BEAST seperti “Bad Girl”, “Shock”, “Fiction” dan banyak lagi.
Sementara itu, kumpulan ini akan meneruskan konsert jelajah mereka di beberapa buah bandar terkenal di sekitar Asia termasuk Bangkok dan Tokyo.
Terharunya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.