“Hadiah Paling Bermakna” – Selepas 8 Tahun Berjuang, HIGHLIGHT Akhirnya Menang Trademark Guna Nama BEAST
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
HIGHLIGHT telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapatkan semula hak penggunaan nama BEAST.
Pada 2 April, HIGHLIGHT telah memuat naik satu video berjudul “Lights Go On, Again”. Di mana, mereka telah mengumumkan bahawa HIGHLIGHT dan BEAST akan kembali bersatu pada 10 Mei ini.
Malah, mereka turut mendedahkan bahawa mereka telah mendapatkan semula semua hak penggunaan nama serta ‘trademark’ BEAST, selepas 8 tahun berjuang.
Agensi HIGLIGHT berkata,
Kami akhirnya telah mencapai persetujuan bersama Cube Entertainment mengenai penggunaan nama kumpulan serta ‘trademark’ BEAST.
Kami berharap agar berita ini akan menjadi hadiah yang bermakna buat peminat dan HIGHLIGHT pada ulang tahun ke-15 kumpulan ini.
LIGHTS GO ON, AGAIN
2024.05.10-12📽 https://t.co/zjPDOjxQHq#하이라이트 #HIGHLIGHT#LIGHTS_GO_ON_AGAIN#비스트 #BEAST#하이라이트X비스트#HIGHLIGHTXBEAST#윤두준 #YOONDUJUN#양요섭 #YANGYOSEOP#이기광 #LEEGIKWANG#손동운 #SONDONGWOON
— 하이라이트(HIGHLIGHT) (@Highlight_AUent) April 1, 2024
Terlebih dahulu pada tahun 2016, kesemua ahli BEAST telah meninggalkan Cube Entertainment dan menukar nama kumpulan mereka kepada HIGHLIGHT selepas mereka kehilangan semua ‘trademark’ berkaitan dengan BEAST kepada syarikat itu.
Kumpulan ini akan menyambut ulang tahun ke-15 mereka pada Mei ini.
Nak nangis…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




