Ikuti Kami:

Dah Berusia, Song Joongki & Shin Hyunbin Akui Malu Bawa Watak Pelajar Kolej Dalam ‘Reborn Rich’

Dah Berusia, Song Joongki & Shin Hyunbin Akui Malu Bawa Watak Pelajar Kolej Dalam ‘Reborn Rich’

Mesti ramai yang tengah layan drama “Reborn Rich” sekarang kan?

Baru-baru ini, JTBC telah memuat naik video komentari episod 3 dan 4 “Reborn Rich”, yang menampilkan pelakon utama menonton kembali babak dalam episod berkenaan.

Ketika sedang menonton adegan di mana wataknya berdiri di hadapan timbunan wang tunai, Lee Sung-min menjelaskan,

Wang itu tidak cukup sedia, jadi kami menunggu sehingga mereka mengumpulkan semuanya untuk merakam adegan itu.

Kemudian ketika babak di mana Song Joong-ki dan Shin Hyun-bin kembali ke watak umur 20-an dalam drama itu, Lee Sung-min berkata sambil memuji,

Babak itu mesti sukar untuk dilakukan. Awak adalah seorang lelaki pertengahan umur tetapi harus berlakon seperti awak berusia awal 20-an. Kamu berdua telah berlakon dengan baik.

jtbc reborn rich

Mengenai memainkan watak sebagai pelajar kolej, Shin Hyun-bin akui dia berasa sedikit malu. Jelas pelakon itu,

Saya ada bercakap tentang itu. Saya tertanya sama ada ada ia akan baik-baik saja. Tidak mengapa apabila kami berlakon tetapi saya rasa sedikit malu apabila ingin mengambil gambar.

Song Joong-ki turut berkata,

Saya juga ada rasa bersalah.

Menjadi je la Song Joong-ki dan Shin Hyun-bin bawa watak pelajar kolej!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...