Bukan sahaja pelakon berbakat malahan, Son Ye-jin dan Hyunbin turut disayangi ramai kerana sikap baik mereka.
Terbaru, Son Ye-jin dan Hyunbin dilapor telah menderma sebanyak 150 juta won (RM531,510) kepada Baby Box Hospital Asan di Seoul dan Yayasan Komuniti Jurasan.
Untuk pengetahuan, sumbangan yang disalurkan oleh kedua-dua pelakon itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak dan remaja.
Melalui Baby Box, ia akan digunakan sebagai projek sokongan buat keluarga ibu tunggal dan sebagai tabung untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Mengenai ini, Son Ye-jin menyatakan,
Saya berharap sumbangan ini menjadi hadiah Krismas untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan dalam masa yang sukar.
Semoga sentiasa murah lagi rezeki mereka!