Ikuti Kami:

Dah Ada Seorang Anak, Ramai Kagum Lihat Bentuk Badan Seksi Honey Lee Kini

Dah Ada Seorang Anak, Ramai Kagum Lihat Bentuk Badan Seksi Honey Lee Kini

Selepas melahirkan anak, Honey Lee nampaknya kekal cantik berseri.

Terbaru pada 4 April, Honey Lee telah berkongsi 2 foto di laman Instagram peribadinya bagi mempromosikan filem barunya “Killing Romance”.

Dalam foto itu, Honey Lee dilihat bergambar di hadapan poster untuk filem tersebut sambil memaparkan proporsi badannya yang sempurna, dengan bentuk mukanya yang kecil.

Untuk pengetahuan, pelakon “One the Woman” itu telah melahirkan anak pertamanya pada Jun 2022 lalu dan ramai yang kagum melihat bentuk badannya yang cantik, idaman ramai wanita di luar sana.

Sementara itu, filem “Killing Romance” akan turut dibintangi Lee Sun-kyun dan Gong Myung, mengisahkan tentang bintang terkenal Yeo-rae, yang tiba-tiba mengumumkan persaraannya dari industri hiburan dan pertemuannya dengan chaebol Jonathan Na dari sebuah pulau yang jauh. Selepas bertemu peminat setia Bum-woo, mereka bersama-sama berganding bahu untuk merancang operasi yang paling menakjubkan. Nantikan pada 14 April ini!

Makin berseri kan Honey Lee?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...