Ikuti Kami:

“Saya Berlatih Di YG Entertaiment..” – Honey Lee Dedah Hampir Debut Jadi Ahli 2NE1

“Saya Berlatih Di YG Entertaiment..” – Honey Lee Dedah Hampir Debut Jadi Ahli 2NE1

Siapa sangka, pelakon Honey Lee hampir debut sebagai ahli kumpulan 2NE1.

Terbaru pada 11 Januari, program “You Quiz on the Block” telah mengeluarkan teaser pertama untuk episod akan datang, menampilkan Honey Lee sebagai tetamu.

Menerusi video tersebut, Honey Lee berkongsi mengenai personalitinya yang mesra. Dia berkata,

Saya seorang ekstrovert sejak lahir. Kerana saya tidak pernah berada di rumah, ibu bapa saya akan sentiasa cuba cari saya di bandar dengan memberi ganjaran kepada penduduk berhampiran. Saya mempunyai begitu banyak tenaga, ia sukar dipercayai.

Kemudian, pelakon itu mengejutkan penonton apabila mendedahkan bahawa dia hampir debut sebagai ahli kumpulan 2NE1,

Saya suka menari. Kalau anda nak tahu, saya sebenarnya pernah menjadi pelatih di YG Entertainment selama dua tahun setengah. Saya berlatih dengan ahli 2NE1 dan saya mungkin akan jadi ahli 2NE1 dulu.

honey lee you quiz on the block

Selain itu, Honey Lee turut memberitahu bahawa dia menari ketika ingin melahirkan bayi sulungnya,

Saya masih suka menari. Saya menari betul-betul sebelum saya melahirkan anak perempuan saya.

Gempak juga kalau Honey Lee jadi ahli kelima 2NE1 kan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...