Ikuti Kami:

“Dah 7 Tahun Tiada Gaji” – Bekas Ahli SUJU, Kangin Akui Masih Bawah SM Entertainment

“Dah 7 Tahun Tiada Gaji” – Bekas Ahli SUJU, Kangin Akui Masih Bawah SM Entertainment

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai bekas ahli Super Junior, Kangin kan?

Terbaru, lelaki berkenaan kembali aktif dalam bidang seni selepas sekain lama menyepikan diri. Menerusi saluran YouTube ‘Someone Else’s Life’, Kangin bercerita mengenai dirinya,

Saya sudah tidak aktif sejak 2016. Saya berehat selama 7 tahun, jadi saya tiada pendapatan. Kalau saya kata yang saya tiada masalah untuk hidup, mesti ada yang salah faham dan terfikir ‘Berapa banyak duit yang saya miliki?’ namun sebenarnya saya tiada tempat untuk membelanjakannya. Saya bukan lah seorang yang suka hidup mewah atau membazir. Kata orang, ‘Awak tak perlu risau mengenai selebriti’ tapi bukan sebab itu, saya memang tiada tempat untuk menghabiskan wang.

kangin

Jelasnya lagi, dia baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama SM Entertainment. Malah Kangin sendiri berasa terkejut apabila agensi itu yang menawarkan perjanjian baru tanpa was-was,

Ada yang bertanya, ‘Awak masih dengan SM?’

Akui malu, Kangin merasakan masih ada peminat yang ingin mengetahui tentang perkembangan hidupnya. Oleh itu, dia cuba muncul dalam mana-mana platform seperti YouTube bagi menyapa mereka.

kangin

Korang rindu Kangin tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...