Ikuti Kami:

Ini Antara 8 Bintang Korea Pernah Menggemparkan Dunia Hiburan Dek Terpalit Kes Jenayah

Ini Antara 8 Bintang Korea Pernah Menggemparkan Dunia Hiburan Dek Terpalit Kes Jenayah

Begitu ramai selebriti di seluruh dunia kelihatan cantik dan mempunyai personaliti yang hebat, tetapi adakah perangai mereka benar seperti gayanya?

Untuk kali ini KimchiDaily sekadar mahu mengimbau kenangan pahit artis Korea yang sukar dipercayai ramai.

PSY

Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi K-Pop yang pernah hangat pada tahun 2012 dengan lagu ‘Gangnam Style’. Sebelum itu PSY pernah dikenakan hukuman penjara selama 25 hari pada tahun 2001 kerana didapati bersalah mengambil dan mempunyai dadah jenis ganja. Oleh sebab hukuman itu, dia tidak dapat menghadirkan diri semasa hari pengebumian ayahnya.

Kim Dahee

Penyanyi kumpulan GLAM ini dikenakan hukuman selama 14 bulan kerana terbabit dengan kes ugutan kepada pelakon terkenal Lee Byung-hun. Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman kepada Dahee dan seorang lagi model, Lee Ji-yeon. Tidak lama selepas keputusan mahkamah keluar, syarikat GLAM mengumumkan bahawa ia akan membubarkan kumpulan itu.

Nichkhun 

Artis serba boleh ini pernah ditangkap semasa memandu di bawah pengaruh alkohol pada musim panas 2012. Ketika Nichkhun ditahan di daerah Gangnam, dia dilaporkan merempuh seorang pemandu motosikal dan lesen memandunya ditahan serta merta. Selepas kejadian itu, Nichkhun meminta maaf dan berehat untuk muhasabah diri.

Kangin

Pada 2009, Kangin telah ditangkap kerana menyerang seseorang secara fizikal. Selepas sebulan kejadian itu, dia ditangkap sekali lagi kerana terbabit dengan kes langgar lari ketika memandu di bawah pengaruh alkohol.

Park Bom

Pegawai kastam Korea menemui satu bungkusan dikirimkan kepada Park daripada saudaranya yang mengandungi 82 tablet amfetamin iaitu bahan kimia yang diharamkan di negara Korea. Park Bom dikenakan hukuman kerana ianya adalah satu kesalahan yang besar jika menerima apa-apa sahaja narkotik terlarang dan dianggap sebagai penyeludupan dadah.

T.O.P

Penyanyi rap Big Bang yang juga dikenali sebagai T.O.P telah disiasat oleh pihak berkuasa pada April kerana didakwa mengambil ganja. T.O.P dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan, dua tahun percubaan dan denda sebanyak 12,000 won (RM42.16) di Mahkamah Daerah Pusat Seoul atas dakwaan melanggar Akta Kawalan Narkotik.

Lizzy

Bekas ahli kumpulan After School, Park Soo-young atau lebih dikenali sebagai Lizzy telah dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Daerah Seoul pada September 2021. Paras alkohol dalam darahnya pada masa itu melebihi 0.08 peratus di mana ia cukup untuk membatalkan lesen memandunya.

Seungri

Selain T.O.P, Seung Ri juga telah memalukan nama baik kumpulan Big Bang kerana terlibat dengan kes berkaitan pelacuran dan perjudian. Dia didapati bersalah atas kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya. Seung-ri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah memudahkan pelacuran bagi pelabur dan juga kerana berjudi di luar negara menggunakan pertukaran asing haram.

Manusia tak akan pernah lepas dari buat kesilapan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...