Ikuti Kami:

“Dah 10 Tahun Tak Jumpa” – Sering Disebut, Yoo Jaesuk & Yoon Eunhye Akhirnya Bertemu

“Dah 10 Tahun Tak Jumpa” – Sering Disebut, Yoo Jaesuk & Yoon Eunhye Akhirnya Bertemu

Rasanya peminat program hiburan Korea pastinya tahu bahawa Yoo Jae-suk sering menyebut nama Yoon Eun-hye dengan niat mengusik ‘hubungan cinta’ lama dengan Kim Jong-kook.

Malah pengacara No 1 itu pernah dihubungi Yoon Eun-hye berkenaan hal itu dan wanita itu tidak kisah disebut selain hanya tertawa melihat telatah mereka. Tak cukup dengan itu, Yoo Jae-suk kerap menyebut nama bekas idola yang merupakan pelakon kini di beberapa program seperti “Running Man”, “PlaYOU”, “How Do You Play” dan banyak lagi.

Kata-kata menjadi kenyataan, siapa sangka Yoon Eun-hye merupakan antara penyanyi misteri yang melepasi uji bakat untuk menyertai kumpulan baru WSG Wannabe bagi projek nyanyian terbaru “How Do You Play”.

yoo jaesuk yoon eunhye

Bukan sahaja ahli lain seperti Shin Bong-sun, Kim Sook, Haha dan Lee Mi-joo, Yoo Jae-suk yang merupakan hos utama program itu tidak dapat menahan senyuman apabila melihat Yoon Eun-hye muncul dengan samaran “Anne Hathaway”.

Kata Yoo Jae-suk dan Haha,

Hampir 10 tahun kita tak berjumpa.

Jelas Yoon Eun-hye mengapa dia memilih untuk kembali menyanyi, dia sebenarnya berasa malu semasa aktif sebagai ahli Baby V.O.X dan mahu kembali bernyanyi bersama atas permintaan peminat juga.

yoon eunhye how do you play

Wah Yoon Eun-hye kembali menyanyi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...