Siapa yang pernah menonton program “The Return of Superman”, pastinya akan kenal dengan kembar tiga beradik iaitu Song Dae-han, Song Min-guk dan Song Man-se.
Baru-baru ini, pelakon Song Il-kook yang juga merupakan ayah kepada ‘Song Triplet’, telah mengadakan temu bual khas bagi memperingati persembahan muzikalnya ‘Broadway 42nd Street’. Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi kemas kini mengenai tiga orang anaknya itu.
Pada awalnya dia berkata,
Dae-han mempunyai gred yang baik, tetapi saya rasa dia tidak setaraf ibunya.
Untuk pengetahuan, isterinya iaitu Jung Seung-yeon ialah seorang seorang hakim di Mahkamah Daerah Incheon, dan dari universiti nombor satu di Korea Selatan. Selain itu, dia juga sentiasa menamatkan pengajian dengan kepujian teratas.
Sambung Song Il-kook lagi mengenai anaknya Dae-han,
Dae-han pergi ke akademi matematik dan mereka menyuruhnya membuat ujian untuk anak-anak berbakat. Isteri saya suruh Dae-han mencubanya tetapi dia tidak mahu jadi, kami ikut saja kemahuannya.
Kemudian, pelakon lelaki itu turut menjelaskan bahawa dia bersama isteri tidak pernah memaksa anak-anak untuk belajar,
Sejujurnya, kami tidak terlalu campur tangan dengan pelajaran anak-anak kami. Kami bukan jenis yang memaksa mereka untuk belajar. Kami hanya membimbing mereka untuk melakukan perkara asas.
Seterusnya mengenai Min-guk dan Man-se, Song Il-kook berkata,
Kembar tiga ini sangat berbeza. Min-guk mempunyai kebolehan linguistik yang sangat baik tetapi Man-se lebih sensitif dari segi emosi. Dia seorang yang penyayang dan bertimbang rasa. Dae-han langsung tidak memandang saya, tetapi dialah yang paling bijak.
Semoga terus membesar dengan baik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉