Ikuti Kami:

‘Song Triplet’ Dah Besar, Peminat Terkejut Lihat Daehan Hafal Elemen Dalam Kimia!

‘Song Triplet’ Dah Besar, Peminat Terkejut Lihat Daehan Hafal Elemen Dalam Kimia!

Siapa yang pernah menonton rancangan hiburan keluarga iaitu “Superman Returns” semasa awal tayangannya dahulu? Ketika itu, antara ahli yang popular ialah Haru iaitu anak kepada penyanyi rap Tablo, Chu Sarang iaitu anak kepada ahli UFC terkenal Chu Sunghoon serta si kembar iaitu Seoeon dan Seojun anak kepada pengacara Lee Hwijae. Semasa itu, kebanyakan netizen memang terhibur apabila melihat kanak-kanak ini semua kerana kecomelan mereka.

Tapi yang paling diingati oleh penonton setia program ini ialah si kembar tiga ‘Triplet’ iaitu Daehan, Minguk dan Manse. Mereka ini merupakan anak kepada pelakon lelaki terkenal iaitu Song Ilkook. Mula sahaja memunculkan diri dalam “Superman Returns”, ternyata semua penonton terus jatuh cinta pandang pertama kepada kembar tiga ini kerana telatah mereka yang lucu serta tiap-tiap daripada mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Daehan merupakan abang sulung yang bertanggungjawab, Minguk iaitu anak tengah yang comel serta Manse, anak bongsu yang banyak ‘akal’ dan nakal.

Ramai penonton yang berendam air mata apabila keluarga ini mengumumkan bahawa mereka akan meninggalkan rancangan itu setelah hampir 19 bulan muncul di dalamnya. Menurut Song Ilkook, dia membuat keputusan berat itu kerana sebagai pelakon, dia perlu kembali ke set penggambaran dan hal itu mungkin menyebabkan kekangan untuk terus merakamkan rancangan itu.

daehan minguk manse membesar dengan baik

Setelah hampir dua tahun tidak muncul dalam perhatian media, Song Ilkook banyak memuat naik gambar mereka bertiga supaya penonton yang pernah meminati kembar tiga itu dapat melihat perkembangan mereka. Namun, netizen nyata terkejut melihat Daehan, Minguk dan Mansae yang sudah kelihatan sangat besar! Lagi terkejut apabila melihat mereka sudah semakin pandai dalam pelbagai benda.

daehan minguk manse dan besar

Menerusi entri Song Ilkook di laman Instagramnya itu, ternyata kita dapat lihat ketiga-tiga anaka lelakinya itu mempunyai minat yang berbeza. Si sulung, Daehan telah membuat buku mengenai jadual berkala unsur kimia (periodic table) dan dalam muka surat itu dia menerangkan mengenai elemen oksigen.

daehan minguk manse pandai

Minguk pula telah menulis sebuah skrip bertajuk “Lelaki Dipanggil Tuhan, Kebangkitan Semula ‘Phoenix’ Gelap”.

daehan minguk manse comel

Manakala si bongsu iaitu Manse telah memuat naik muka bukunya yang bertajuk “Ada Buku Yang Tidak Mempunyai Hangul (abjad Korea) Di Dalamnya”. Tajuk kelakar kanak-kanak itu nyata membuatkan Song Ilkook serta para peminat lain terhibur.

daehan minguk manse dah besar

Baru sahaja berusia 7 tahun, tetapi kembar tiga itu dah menunjukkan bakat yang menonjol. Paling mengejutkan apabila Daehan dah hafal mengenai elemen dalam jadual berkala unsur kimia walaupun baru bersekolah rendah, kita yang dah tua ni pun gagap! Song Ilkook dan isterinya nyata telah memberikan didikan yang baik kepada anak-anak mereka itu.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...