Utama K-Pop Cube Entertainment Nafi Laporan Minnie (G)-IDLE Akan Kembali Ke Korea

Cube Entertainment Nafi Laporan Minnie (G)-IDLE Akan Kembali Ke Korea

(G)-IDLE MINNIE

Cube Entertainment telah menafikan laporan bahawa Minnie (G)I-DLE akan kembali ke Korea tidak lama lagi.

Pada 30 Oktober, Cube Entertainment menyatakan kepada Newsen,

Ia adalah laporan palsu bahawa Minnie akan kembali ke Korea esok. Dia masih di Thailand dan dia masih mempunyai jadual aktiviti di sana untuk diselesaikan.

Terdahulu, Sports Kyunghyang telah melaporkan bahawa Minnie dijadualkan pulang ke Korea melalui lapangan terbang antarabangsa Incheon pada 31 Oktober.

Minnie, yang dilahirkan di Thailand, telah membuat promosi di Thailand semasa kumpulan (G)I-DLE berehat di Korea. Ahli (G)I-DLE yang lain juga telah memberi tumpuan kepada kerjaya solo mereka di Korea dan China, termasuk lakonan, muzik solo dan pelbagai aktiviti lain.

(g)-idle hwaa 6 membersKemunculan kumpulan terakhir (G)I-DLE adalah pada Januari 2021 dengan EP “I Burn” dan lagu tajuk “HWAA”. Mereka mengeluarkan lagu “Last Dance” melalui aplikasi Universe pada April sebagai lima ahli selepas Soo-jin berehat kerana dakwaan membuli sekolah. Pada bulan Ogos, Soo-jin secara rasmi meninggalkan kumpulan itu.

Mungkin ramai peminat dah rindukan kemunculan (G)-IDLE.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...