Ikuti Kami:

Cuba Sembunyi Kuasa Ghaib, Tonton Go Younjung Dalam Siri Disney+ ‘Moving’ Pada Ogos Ini

Cuba Sembunyi Kuasa Ghaib, Tonton Go Younjung Dalam Siri Disney+ ‘Moving’ Pada Ogos Ini

Selepas “Alchemy of Souls”, pasti ramai yang teruja untuk tonton drama baru lakonan Go Youn-jung kan?

Terbaru, Disney+ telah melancarkan foto Go Youn-jung dari drama “Moving”, yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos ini.

Untuk pengetahuan, “Moving” adalah drama yang berkisar tentang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa ghaib dan bekas ibu bapa ejen rahsia, yang berusaha untuk menyembunyikan kebolehan luar biasa mereka.

Dalam drama ini, Go Youn-jung akan membawa watak sebagai Jang Hee-soo, seorang senior sekolah menengah dengan kebolehan regeneratif luar biasa, sama seperti bapanya Jang Joo-woon (Ryu Seung-ryong).

Pada satu hari, dia telah melalui beberapa peristiwa yang membawanya ke masa lalu yang menyakitkan dan dia harus berpindah ke sekolah menengah baru. Meskipun sukar pada awalnya namun, Hee-soo beransur-ansur menemui semula kegembiraan dalam hidupnya selepas dia mendedahkan rahsia mengenai kuasanya kepada rakan sekelas.

Selain Go Youn-jung, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Han Hyo-joo, Ryu Seung-ryong, Lee Jung-ha, Jo In-sung dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton “Moving” pada 9 Ogos ini di laman Disney+!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...