Ikuti Kami:

“Cium Saya Dalam Tidur” – Pecah Rumah, Kim Jaejoong Dedah Perangai Buruk Peminat Fanatik

“Cium Saya Dalam Tidur” – Pecah Rumah, Kim Jaejoong Dedah Perangai Buruk Peminat Fanatik

Kadang kala peminat K-Pop boleh tahan obsesif.

Dalam episod terbaru “Midnight Ghost Story”, Kim Jae-joong yang merupakan bekas ahli TVXQ telah menceritakan kisah serama melibatkan peminat fanatik.

Apabila ditanya mengenai kisah di mana ada peminat pernah memegang tangan lelaki itu semasa tidur diungkap, jawab Kim Jaejoong,

Itu tidak benar. Bukan memegang tangan, mereka tetapi mencium saya.

Ceritanya, pada ketika itu, dia sedang tidur di rumah dan terjaga dari tidur kerana merasakan sesuatu yang aneh dan mendapati seorang wanita yang tidak dikenali berada di atas tubuhnya, menyebabkan dia terkejut.

kim jaejoong

Pun begitu, dia cuba kembali tidur dengan harapan bahawa itu hanyalah mimpi, tetapi apabila membuka mata sekali lagi dan mendapati wanita itu masih ada, dia sedar bahawa wanita tersebut adalah peminat fanatik yang telah masuk ke rumahnya secara sembunyi-sembunyi.

Mendengarkan cerita Kim Jae-joong, rata-rata hos meluahkan rasa terkejut kerana ‘kegilaan’ peminat yang kadang kala sukar dikawal.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...