Adakah hubungan cinta Yang Se-chan dan Jeon So-min akan melangkah ke fasa seterusnya?

Dalam episod terbaru ini, para ahli “Running Man” menyambut tahun baru dan meninggalkan memori bersama.
Semasa berada di tepian sungai itu, Kim Jong-kook mengusik Jeon So-min dan mengtakan bangku di situ sangat sesuai buat pasangan bercinta berjanji temu. Tambah Yoo Jae-suk,
Tadi ada satu pasangan bercinta yang bercium di sini.
Jawab wanita itu teruja,
Serius? Ye ke?
Jeon So-min kemudian mencari Yang Se-chan sementara Kim Jong-kook berkata,
Korang duduk berdua? Apabila duduk bersama, perasaannya lain.
Tambah wanita itu,
Awak tak tengok MBC ke? Kita kena bekerja lebih keras. Kita kena cium sekurang-kurangnya sekali. Pastinya ia akan jadi ‘noise marketing’.
Disebabkan sokongan ahli lain, Yang Se-chan duduk bersama di bangku rumah dan berlakon seperti pasangan bercinta. Kim Jong-kook kemudiannya mengambil gambar mereka dari belakang dan dipersetujui wanita itu,
Dapat dah! Kita dah dapat gambar utama untuk laman portal hiburan.
Sokong Yoo Jae-suk,
Bukan gurauan, tapi nampak serius sekarang ini. Semakin menebal.
Amboi dorang!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉