Ikuti Kami:

“Dating La!” – Muat Naik Foto Mesra, Rakan Artis & Peminat Sokong Jeon Somin & Yang Sechan Bercinta

“Dating La!” – Muat Naik Foto Mesra, Rakan Artis & Peminat Sokong Jeon Somin & Yang Sechan Bercinta

Adakah cinta sedang berbunga antara Jeon So-min dan Yang Se-chan?

Sering memaparkan hubungan rapat dalam “Running Man”, wanita itu malah mengakui bahawa ibunya juga sangat menyukai Yang Se-chan.

Terbaru, Jeon So-min telah berkongsi beberapa gambar bersama ahli program itu di akaun Instagram miliknya. Walaupun memuat naik gambar kelakar bersama ahli lain seperti Song Ji-hyo dan Haha namun wanita itu berkongsi foto ‘sweet’ bersama Yang Se-chan dengan kapsyen,

Rakan saya, pembakar semangat saya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 쏘미닝 (@jsomin86)

Dalam foto itu, dapat dilihat mereka berdua menyaksikan matahari terbenam di tepian sungai. Malah Jeon So-min dilihat selesa melentokkan kepala di bahu pelawak itu.

Komen rakan artis lain seperti Park Han-na,

Saya sukakan ini.

Kata Oh Na-ra pula,

Huh? Apakah suasana yang baik ini?

jeon somin yang sechan

Ulas peminat pula yang menyokong hubungan mereka,

Mereka tak bercinta tapi seronok lihat hubungan keduanya.

 

Mereka kelihatan seperti pasangan.

 

Tolong dating.

Uuuu sesuai kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...