Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Di tvN, ‘Queen of Tears’ Benam Rating Terbaik ‘Goblin’

Cipta Sejarah Di tvN, ‘Queen of Tears’ Benam Rating Terbaik ‘Goblin’

Rating tontonan untuk “Queen of Tears” tvN telah melonjak melebihi markah 20%!

Pada 14 April, drama romantis yang popular dengan lakonan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won itu telah mencecah lebih daripada 20% untuk mencapai rating tontonan tertinggi hingga kini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru “Queen of Tears” mencatatkan purata kadar tontonan kebangsaan sebanyak 20.7%, menandakan pencapaian tertinggi sepanjang masa untuk rancangan tersebut.

Kini, “Queen of Tears” telah mengatasi “Goblin” untuk menjadi drama dengan rating kedua tertinggi dalam sejarah tvN, hanya diungguli oleh “Crash Landing on You” (yang mendapat purata kebangsaan yang mencatatkan rekor sebanyak 21.7% untuk episod terakhirnya pada tahun 2020).

tvn queen of tears

Dalam pada itu, ramai yang terus menantikan apa nasib yang ditimpa pasangan Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) dan Hong Hae-in (Kim Ji-won) dalam episod akan datang “Queen of Tears”.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joy News 24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...